Rabu 17 October 2018
A- A A+

Komiditi





Komoditi utama Malaysia terdiri daripada getah, kelapa sawit, kayu, tembakau, lada dan koko. Laman ini menyediakan maklumat mengenai industri komoditi dan perladangan di Malaysia.





Lesen dan Permit


Bakal pengusaha dan pelabur dalam industri perladangan dan komoditi perlu mendapatkan lesen dan permit daripada agensi-agensi yang berkaitan.







Getah



Getah merupakan salah satu komoditi eksport utama Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu. Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memantau industri getah di Malaysia. Usahawan dan pelabur yang ingin melibatkan diri di dalam perniagaan berasaskan getah perlu mendapatkan lesen dan permit daripada LGM.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:









Kelapa Sawit



Peraturan-peraturan Perusahaan Minyak Kelapa Sawit (Pelesenan) yang telah dikuatkuasakan pada 1 Mac 1979 menghendaki semua pihak yang terlibat dengan perniagaan berasaskan kelapa sawit memperolehi lesen-lesen yang berkaitan dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Aktiviti yang dilesenkan termasuk menjual, membeli, mengilang, menyimpan, mengeksport dan mengimport keluaran kelapa sawit. Peniaga, broker, penguji dan penyiasat juga dikehendaki memiliki lesen bagi aktiviti masing-masing.



Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:





Kayu



Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MITB) berperanan menyelaras dan memantau pembangunan perindustrian kayu balak Malaysia. MITB juga menyediakan lesen dan permit kepada pihak yang terlibat dengan perindustrian kayu balak.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:






Tembakau



Industri tembakau Malaysia memainkan peranan penting di dalam membangunkan status sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Lembaga Tembakau Malaysia bertanggungjawab mengeluarkan lesen dan permit kepada pengusaha yang ingin menjalankan perniagaan berasaskan tembakau.







Lada



Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia (JPL) merupakan perbadanan persekutuan di bawah Peraturan Lembaga Lada Sarawak 1971 yang bertanggungjawab menyelaras, memantau, mempromosi dan mempertingkatkan pemasaran lada hitam di Malaysia. JPL juga berkuasa mengeluarkan lesen dan permit.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Koko

Lembaga Koko Malaysia (LKM) merupakan badan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang menyelaras dan memantau industri koko di Malaysia. LKM juga mengeluarkan lesen dan permit kepada pengusaha

     




Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:



Garis Panduan



Berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan perniagaan berkaitan industri perladangan dan komoditi:







Getah




Malaysia Rubber Exchange (MRE) adalah badan kawal selia yang memantau aktiviti perdagangan, pengedaran dan pemasaran getah di Malaysia. MRE menyediakan platform dan kemudahan kepada ahli-ahli untuk menjalin kerjasama dalam hal-hal berkaitan perdagangan getah serta menjaga kepentingan ahli-ahli mengikut peruntukan peraturan dan undang-undang kecil. MRE juga berperanan sebagai pusat timbangtara untuk penyelesaian pertikaian.






Kelapa Sawit



Garis panduan bagi industri kelapa sawit disediakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:





Kayu



Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MITB) bertanggungjawab menyediakan garis panduan untuk pengusaha industri kayu di Malaysia.

Klik pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:





Lada



Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia (JPL) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas industri lada Malaysia, termasuk dalam melaksanakan pensijilan dan kawalan kualiti.




Koko



Lembaga Koko Malaysia (LKM) bertanggungjawab dalam menyediakan garis panduan untuk pengusaha dalam industri koko di Malaysia.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:





Pembiayaan



Kerajaan menyediakan banyak insentif seperti kemudahan pembiayaan dan dana untuk membantu pengusaha-pengusaha tanaman komoditi di Malaysia.

Klik pada pautan-pautan untuk maklumat lanjut:





Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)



Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) merupakan aspek yang penting di dalam kemajuan industri perladangan dan komoditi di Malaysia. Matlamat aktiviti R&D adalah terutamanya untuk memperbaiki mutu tanaman, mempertingkatkan mutu hasil keluaran sedia ada, mencari produk atau penemuan baru, mencipta kaedah pemprosesan dan penjenteraan baru, seterusnya memberi hasil yang memuaskan kepada pengguna akhir dan meningkatkan produktiviti.



Getah



Lembaga Getah Malaysia (LGM) bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti R&D bagi industri getah di Malaysia.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:












Kelapa Sawit



Malaysia adalah pengeksport minyak sawit terbesar di dunia. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti R&D bagi industri sawit di Malaysia.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:



Kayu



Kayu balak digredkan mengikut Peraturan Penggredan Malaysia, iaitu peraturan penggredan yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tujuan penggredan ini diwujudkan adalah untuk memastikan kualiti kayu balak terjamin dan berkualiti tinggi.



Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah agensi kerajaan yang menjalankan aktiviti R&D berkaitan kayu dan perhutanan di Malaysia.




Lada



Malaysia adalah negara pengeksport lada terbesar di dunia dengan jenama Sarawak Pepper. Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia (JPL) menjalankan aktiviti R&D bagi industri ini.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:








Koko



Lembaga Koko Malaysia (LKM) merupakan pusat penyelidikan koko yang utama di Malaysia. LKM berperanan memastikan kualiti koko mencapai standard yang telah ditetapkan dan boleh memenuhi kehendak pengguna akhir di seluruh dunia.



Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

 

Statistik

Berikut adalah statistik yang disediakan oleh agensi-agensi yang berkaitan perusahaan perladangan dan komoditi di Malaysia.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:







Latihan



Beberapa agensi telah mewujudkan program latihan diwujudkan untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada pengusaha tanaman komoditi. Latihan yang diberikan termasuk dalam pengurusan perusahaan dan peningkatan produktiviti.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut :





Khidmat Nasihat



Pengusaha tanaman komoditi dan perusahaan-perusahaan dalam industri berkaitan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi bertanggungjawab dalam sektor masing-masing.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking