Isnin 17 December 2018
A- A A+

Pusat Kitar Semula Bertenaga Suria Sepenuhnya Yang Pertama Di Malaysia Di Lancar

ukm

Pusat Kitar semula mesra alam


UKM melancarkan pusat kitar semula yang pertama di Malaysia menggunakan tenaga bertenaga suria sepenuhnya lengkap dengan LCD skrin 32 inci dan pemain DVD.

Bangunan tersebut direka bentuk oleh penyelidik UKM Dr Azimin Samsul Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan kerjasama Alam flora untuk tujuan kitar semula.


Ia dibina dalam seni bina mikro bertenaga hijau ini adalah pusat kitar semula pertama di Malaysia yang bertenaga sifar sepenuhnya iaitu menggunakan panel suria photovoltaic (PV).

Tenaga untuk menyelenggarakan pusat tersebut di perolehi sepenuhnya dari panel suria yang dapat menghasilkan tenaga sebanyak 200 watt . Ini dapat menghidupkan sebuah kipas siling, tiga biji lampu sebuah LCD 32 inci dan pemain DVD.

Kos menghasilkan bangunan tersebut hanya lebih kurang RM 60,000. Ini di anggap jauh lebih murah jika dibandingkan dengan struktur yang mengunakan tenaga suria yang lain. Ini kerana bahan yang digunakan adalah dari sumber kitar semula. Bangunan ini dibina menggunakan bahan-bahan pembinaan semula jadi dengan kombinasi bahan kitar semula.


Bangunan itu dibina dengan ciri yang membolehkan ia menyerap cahaya dan udara. Selain dari itu ia juga mempunyai sistem pengumpulan air hujan yang boleh di kitar semula untuk menyejukkan persekitaran dan untuk tujuan lain seperti mencuci dan menyiram pokok

Ciri -ciri bangunan ini sekali gus menjadikan Pusat kitar semula UKM menepati Green Building Index (GBI). GBI adalah ciri yang telah di gariskan untuk pembangunan lestari.

Pusat kitar semula tersebut adalah salah satu daripada inisiatif yang dijalankan untuk menjadi kampus mesra alam Di belakang tabir pula terdapat berbagai-bagai penyelidikan sedang dijalankan untuk mengitar semula sisa buangan menjadi barang yang bermanfaat.

Beberapa penyelidikan tindakan (action research) antara UKM dan Alam Flora sedang dijalankan seperti penyelidikan, biogas, pengkomposan sisa makanan dan sisa taman and kitar semula kertas.

UKM akan menjadi perintis dalam menerokai penyelidikan dalam bidang pengurusan sisa pepejal di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan rantau ini.

Sumber: Universiti Kebangsaan Malaysia

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking