Rabu 17 October 2018
A- A A+
  • Utama
  • UMUM
  • Akta -akta
  • Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1985

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1985

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :-

  • orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
  • orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :-

  • ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
  • tidak dibicarakan di mahkamah.

Proses Siasatan :

  • Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada Pegawai Siasatan.
  • Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
  • Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri.
  • Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samada untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking