Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Proses Bedah Siasat Mayat

proses_bedah_siasat

  1. Pemeriksaan luaran menjalankan pemeriksaan luaran untuk mendokumentasikan kecederaan mayat. Pegawai Perubatan Kerajaan akan membuat pemeriksaan terperinci ke atas mayat antaranya pakaian si mati, keadaan mayat secara keseluruhan, perubahan-perubahan luaran yang berkaitan dengan kematian dan penyakit serta tanda-tanda kecederaan. Sekiranya sebab kematian dapat dikenal pasti, maka pembedahan mayat tidak lagi perlu dilaksanakan.
  2. Pemeriksaan dalaman Sekiranya pemeriksaan luaran masih tidak dapat mengenal pasti punca kematian, maka pemeriksaan dalaman perlu dijalankan.Ini termasuklah membuka tempurung kepala, rongga dada, abdomen, pelvis dan lain-lain bila mana perlu.
  3. Pengambilan spesimen iaitu mengambil cecair badan untuk Analisis toksikologi dan lain-lain ujian seperti pemeriksaan radiologi, kaji kuman, kajian tisu dan fotografi Forensik.