Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Prosedur Bedah Siasat Mayat

Kebenaran bagi menjalankan bedah siasat mayat tertakluk kepada:

  1. Arahan Majistret atau Polis bagi kes-kes kematian medicolegal.
  2. Arahan Ketua Pengarah Kesihatan bagi kes-kes tertentu seperti penyakit berjangkit atas kepentingan umum.
  3. Mendapatkan kebenaran dan keizinan bertulis dari waris bagi kes-kes bedah siasat clinical.
    i. Bedah siasat ke atas mayat hanya boleh dijalankan di hospital-hospital Kerajaan atau tempat lain yang sesuai (Seksyen 330 Kanun Acara Jenayah).
    ii. Bedah siasat mayat hanya boleh dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sahaja.