Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Objektif Bedah Siasat Mayat



Pembedahan yang dilakukan ke atas mayat mempunyai objektif-objektif tertentu di antaranya:

  1. Mengesahkan identiti si mati.
  2. Mengenal pasti sebab kematian
  3. Mengetahui punca, cara dan masa kematian.
  4. Menghilangkan keraguan mengenai sebab kematian.
  5. Menunjukkan penyakit dan kecacatan.
  6. Mengesan, menggambar dan mendokumenkan penyakit dan kecederaan luar serta dalam.
  7. Mendapatkan sampel untuk dikaji seperti kajian kuman, tisu abnormal dan lain-lain.
  8. Untuk mengambil gambar dan rakaman video bagi tujuan bukti/barang kes.
  9. Untuk menyediakan laporan bertulis yang lengkap tentang penemuan dalam pemeriksaan mayat.
  10. Memberi perkhidmatan pakar tentang interpretasi penemuan semasa pemeriksaan mayat.
  11. Memulihkan semula keadaan mayat yang cedera teruk sebaik mungkin sebelum diserahkan kepada waris.
  12. Pengajian akademik, menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang perubatan.
  13. Meningkatkan kepakaran
  14. Membuat kajian rawatan sesuatu penyakit.
  15. Keperluan undang-undang.