Ahad 18 November 2018
A- A A+

TN50

Peranan Jabatan/Agensi


Jabatan/Agensi yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat hendaklah memastikan garis panduan ini dipatuhi. Agensi tersebut ialah Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Agama. Bagi memastikan prosedur bedah siasat ini dilaksanakan dengan segera dan menepati kehendak syarak, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  1. Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat hendaklah memberi perhatian kepada peruntukan Seksyen 330 Kanun Acara Jenayah.
  2. Pihak Kementerian Kesihatan atau pihak pentadbir hospital mestilah memberi keutamaan dalam urusan bedah siasat mayat supaya urusan pengendalian jenazah tersebut dapat disempurnakan.
  3. Ketua-ketua Jabatan/Agensi yang terlibat dengan bedah siasat mayat hendaklah mengawasi pelaksanaan garis panduan ini supaya dipatuhi.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking