Ahad 18 November 2018
A- A A+

TN50

Pengenalan


mayat2

Sejarah perubatan telah mencatatkan bahawa bedah siasat atau post-mortem ke atas mayat, atau dengan lain perkataan ilmu perubatan forensik mula diperkenalkan dari Negara Arab, kemudian berkembang ke Greek dan negara-negara barat seterusnya ke seluruh dunia. Perkembangan kemajuan sains perubatan dalam ilmu pembedahan adalah berasaskan kepada keilmuan yang dibawa oleh Ibnu Sina. Perkembangan dari semasa ke semasa melalui kajian dan pengajian ahli sains perubatan telah menghasilkan teknologi moden dalam ilmu bedah siasat mayat dengan cara lebih saintifik bagi mencari keadilan yang dikehendaki.

Pada abad ke 21 ini, bedah siasat mayat merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan bukan asing di kalangan umat Islam. Ini kerana ia adalah tindakan yang perlu diambil dan dilakukan untuk kepentingan masyarakat seperti untuk menyelesaikan kes-kes jenayah atau bukan kes jenayah serta kajian dalam bidang perubatan. Walau bagaimana pun dalam urusan bedah siasat mayat, Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti supaya tidak timbul percanggahan antara tuntutan syarak dengan amalan yang dilakukan dalam bidang perubatan.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking