Rabu 19 December 2018
A- A A+

PERIHAL PANTUN

 
Pantun adalah bentuk puisi yang terdiri daripada empat baris. Biasanya setiap baris terdiri dari empat perkataan.
Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, “perkataan pantun itu mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama.” 
Setiap pantun mempunyai pembayang @ sampiran dan maksud pantun.
Terdapat dua jenis pantun utama iaitu:
 
i. Pantun berkait
ii. Pantun tidak berkait
 
Bilangan baris dalam setiap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun adalah :
 
i. Pantun dua kerat
ii. Pantun empat kerat (jenis yang paling popular)
iii. Pantun enam kerat
iv. Pantun lapan kerat 
v. Pantun dua belas kerat
 
Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu bentuk sastera lisan yang popular. Ia digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan
juga pembuka dan penutup kata bagi sesebuah bicara dalam majlis rasmi.
 
Penggunaan yang meluas dalam kalangan masyarakat serta bentuknya yang kemas dan padat menjadikan pantun antara bentuk komunikasi.
Ia juga berfungsi dalam bentuk interaksi yang saling berbalas sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Pantun juga menjadi media
menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias. 
 
Pantun merupakan salah satu bentuk puisi tradisional yang dinamik kerana dapat digunakan dalam pelbagai situasi.
 
 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking