Ahad 19 August 2018
A- A A+

AGAMA

 

Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya”. Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.

 

 

 

 

masjid-putrajaya

 

Masjid Putra, Putrajaya

 

Sumber : Malaysia 2013/2014

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking