Isnin 15 October 2018
A- A A+

RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

 

Bahagian Pertama

 

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

 

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,

• Memelihara satu cara hidup demokratik,

• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,

• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan

• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

 

Bahagian Kedua

 

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-

 

• Kepercayaan Kepada Tuhan

• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

• Keluhuran Perlembagaan

• Kedaulatan Undang-undang

• Kesopanan dan Kesusilaan

 

Sumber : BUKU RASMI TAHUNAN: MALAYSIA 2017

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking