Selasa 16 October 2018
A- A A+
  • Utama
  • POLITIK
  • 1 Mac - Perhimpunan Bulanan

1 MAC - PERHIMPUNAN BULANAN

PUTRAJAYA : PENYAMPIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN ESEI TN50

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Esei TN50 anjuran Jabatan Penerangan. Johan dimenangi oleh Encik Abdullah Hakim Abdullah Zamli dari Selangor, naib johan oleh Encik Muhammad Dhamir Audi Azizul dari Negeri Sembilan dan tempat ketiga oleh Nurul Fatin Najihah Nasaruddin dari Perak. Syabas diucapkan kepada pemenang.

Hadiah disampaikan oleh YBhg Dato' Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penerangan semasa Majlis Perhimpunan Jabatan Penerangan Malaysia siri 1/2018 pada 6 februari 2018.

Di samping itu, semasa perhimpunan bulanan tersebut kakitangan jabatan penerangan diingatkan agar sentiasa berada di landasan yang betu bagi memastikan gerak kerja bersepadu sentiasa berjalan lancar.

‘if we don’t change’they changed” begitu lah pesanan yang diberikan kepada semua kakitangan dengan mengambil contoh syarikat Nokia yang dahulunya gah , kini hanya tinggal pada nama dek kerana kealpaan mereka untuk berubah mengikut peredaran zaman.

Maka begitu lah juga Jabatan Penerangan yang sudah berusia 106 tahun, jika kita tidak peka kepada peredaran zaman maka kita tidak akan mampu untuk kekal lebih lama lagi pada masa akan datang
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking