Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

1 MAC - PROGRAM EDAR BACA


Alor Star, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia turun padang bagi program edar baca

Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia telah menghantar dua orang pegawai ke negeri Kedah bagi membuat edaran bahan penerbitan bertempat di SMKTunku Abd Rahman dan SMK Seri Pantai

Program edar baca ini berlansung selama 3 hari  yang melibatkan pihak Muzium Negeri Kedah dan beberapa tokoh sejarawan negeri dalam membantu urusan perjalanan dan perhubungan dengan pihak sekolah.

antara tempat yang dikunjungi selain sekolah ialah Muzium Kota Kuala Kedah, Memorial Tunku Abdul Rahman, Muzium Padi, Jabatan Muzium Negeri, dan Rumah Merdeka Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah

Semasa menjalankan edaran bahan penerbitan, sesi ceramah kenegaraan telah dijalankan bagi menarik minat pelajar sekolah dalam pengukuhan jati diri dan nilai kenegaraan dalam kalangan pelajar.

Dalam program edar baca ini juga beberapa kuiz dijalankan bagi menjayakan program tersebut. Peserta yang mampu menjawab soalan dengan tepat  diberikan cenderamata.

Selain menjalankan edaran bahan penerbitan, pengkajian mengenai susur galur negeri Kedah dan peperangan Kedah-Siam suatu ketika dahulu turut dijalankan. Input ini akan digunakan untuk tujuan penerbitan pada masa akan datang yang mana akan diselitkan beberapa nama tokoh pahlawan Kedah di dalam majalah terbitan Read dan Mentari.

Turut membantu dalam pengumpulan bahan dan edaran bahan ialah Pengetua sekolah En. Suhami, YBhg. Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof iaitu Tokoh Sejarawan Kedah, En Mohamad Nazim bin Hassan dari Jabatan Muzium Negeri Kedah , Hj. Murad bin Ibrahim iaitu tokoh bangsawan negeri Kedah.

 

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia