Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

1 MAC - TAKLIMAT ISU SEMASA


PUTRAJAYA, 6 Feb -- Kehadiran Pegawai-pegawai dari setiap agensi KKMM di Majlis Taklimat YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Bin Hj. Mulia Yang Dipertua Dewan Rakyat

Perjumpaan ini sempena taklimat isu semasa Bil.1/2018 di dewan serbaguna Kompleks KKMM anjuran Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu ,Putrajaya

Taklimat berjalan lacar dalam tempoh 2 jam di mana berkisarkan tentang isu semasa iaitu mengenai hari penubuhan Malaysia dan hak-hak anak Sabah Sarawak.

Dalam sesi 'ted talk' tersebut beliau telah membuat edaran buku yang telah diringkaskan isi kandungan mengenai penubuhan serta hak-hak,undang-undang di sabah Sarawak yang bertajuk ‘berpisah tiada” hasil nukilan beliau sendiri.

Dalam taklimat ini juga, beliau menggesa agar setiap penjawat awam memahami sesuatu kandungan maklumat yang disiarkan dalam media sosial terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada umum.

Hal ini demikan kerana isu ini telah dipolitikkan oleh pihak tertentu yang berkepentingan, justeru jika dibiarkan kelak akan mampu menggangu gugat keamanan serta perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Kepentingan untuk memahami dan menghayati sejarah penubuhan Malaysia juga penting katanya, ini kerana invidu yang tidak memahami sejarah penubuhan negara akan mudah menerima sesuatu khabar angin secara bulat-bulat tanpa meneliti perkara tersebut.

Turut hadir dalam menjayakan program tersebut ialah ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia YBhg Dato' Hj Ibrahim Abdul Rahman bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Datuk Haji Almain Ajirul dan Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Dato' Mohd Sukari Ab Hamid


SUMBER : JABATAN PENERANGAN MALYSIA