Rabu 19 December 2018
A- A A+

Budaya budi bahasa perlu ditekankan di IPT

 

ipt-2


Seorang pelajar hendaklah mendahulukan salam kepada guru dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan iaitu , mengikut jantina masing-masing. Pelajar juga dituntut untuk tidak menyangkal kata-kata gurunya, dan tidak banyak bercakap jikalau tidak ditanya. Pelajar juga harus mendengar dengan khusyuk ilmu yang hendak disampaikan oleh gurunya walaupun diulang 1,000 kali. Amalan yang baik seperti  mengucapkan tahniah apabila pensyarah mendapat kejayaan dan takziah apabila pensyarah ditimpa musibah, menyapa pensyarah dengan hormat walaupun berjumpa di luar kampus serta bermanis muka dan ceria apabila menerima teguran daripada pensyarah seharusnya dipraktikkan oleh pelajar.



Pensyarah harus sedar bahawa pensyarah itu ialah guru yang mempunyai banyak tanggungjawab dalam mendidik anak muridnya. Pensyarah perlu dihormati untuk mendapat keberkatan ilmu, apatah lagi ilmu yang hendak disampaikan itu bertujuan untuk mempersiapkan pelajar untuk keluar bekerja dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga masing-masing.

Globalisasi yang melanda seluruh dunia sepatutnya turut membantu perkembangan yang positif di dalam diri seseorang pelajar. Tiada ada lagi cabaran emosi berjauhan dengan keluarga dengan adanya aplikasi internet seperti twitter dan facebook yang memberi ruang seluas-luasnya untuk berkomunikasi dengan rakan baru dan lama serta menjalinkan hubungan rapat antara keluarga.

Hari ini pensyarah dan pelajar berkongsi status update di facebook dan berkongsi fail media menerusi telefon bimbit. Kemesraan pelajar dengan pensyarah dengan mudah boleh disalahertikan sebagai satu jaminan untuk mendapat markah yang baik, walaupun dengan kesungguhan kerja yang sederhana saja. Seharusnya pensyarah juga perlu pandai dalam menjaga hubungan ini kerana jika pelajar juga akan bosan jika pensyarah terlalu garang, ketat dengan peraturan.

Adab dan budi bahasa terhadap pensyarah ini seharusnya disemai lebih awal daripada rumah dan kemudian berkembang positif pada peringkat sekolah. Kecanggihan teknologi dan perlumbaan mengejar kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai bidang tidak seharusnya mengikis adab dan budi-bahasa ini, tetapi ia harus berkembang seiringan supaya pensyarah boleh mendidik pelajar sebaiknya untuk mencapai objektif sesebuah IPT.

Sumber maklumat : Berita Harian

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking