Rabu 17 October 2018
A- A A+

AHMAD BASHAWIR NC BARU UUM

 
NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.
 
 
Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani dilantik Naib Canselor (NC) baharu Universiti Utara Malaysia (UUM) berkuatkuasa 26 Ogos ini. Ahmad Bashawir berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Ottawa University, Sarjana Pengurusan Kewangan dari University of Hull dan Doktor Falsafah dalam bidang Perdagangan dari Murdoch University adalah NC kelapan UUM.
 
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata Ahmad Bashawir berpengetahuan luas dalam pendidikan tinggi negara berdasarkan pengalaman beliau memegang pelbagai jawatan di sektor pendidikan tinggi sebelum ini.
 
Katanya, Ahmad Bashawir pernah berkhidmat sebagai Penolong Naib Canselor, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (UUM COLGIS), selain Dekan Graduate School dan Timbalan Dekan UUM serta profesor pelawat di Universitas Bakrie, Jakarta dari 11 Mac 2016 hingga 10 Mac tahun lalu. "Saya percaya berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan dimiliki Ahmad Bashawir, beliau akan menggalas tanggungjawab ini dengan berkesan dan berupaya meningkatkan kecekapan serta keberkesanan jentera UUM ke tahap yang lebih tinggi.
 
"Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Naib Canselor UUM," katanya dalam satu kenyataan semalam.
 
Sumber: BH Online, 21 Ogos 2018.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking