Rabu 17 October 2018
A- A A+

Guru tak boleh paksa


Sehingga kini, walaupun zaman persekolahan sudah lama berlalu, isu kerja sekolah yang menjadi mimpi ngeri generasi sezaman penulis tidak pernah selesai. Kerja sekolah masih dianggap membebankan pelajar manakala bagi pihak guru, kerja sekolah dianggap satu kemestian.
Dolak-dalik mengenai kerja sekolah yang tidak pernah selesai ini akhirnya mengundang konflik dan polemik dunia pendidikan negara. Benarkah tidak menyiapkan kerja sekolah itu satu kesalahan besar bagi pelajar?. Mengikut Ketua Jabatan Kepimpinan dan Polisi Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Izham Mohd Hamzah mengatakan pelaksanaan kerja sekolah oleh pelajar seharusnya dilihat dari pelbagai perspektif bagi mengelak salah faham banyak pihak. Kerja sekolah memang sinonim dengan pelajar, namun ia juga boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan guru bagi kebaikan golongan sasaran. (pelajar).


Definisi kerja sekolah itu sendiri boleh membawa pelbagai maksud iaitu dari sudut positif atau negatif bergantung pada perkara utama yang disasarkan. Misalnya dari sudut negatif kerja sekolah nampak membebankan namun dari sudut positif, ia boleh dijadikan pemangkin bagi memperkukuh dan memperbaiki kelemahan pelajar.


Pelbagai penafsiran boleh diberikan mengenai kepentingan kerja sekolah kepada pelajar mengikut kriteria keperluan. Cuma jangan sampai menganggu dan menimbulkan konflik lain. Keperluan melaksanakan kerja sekolah tertakluk dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada pihak pelaksana seperti sekolah dan guru sejak 10 tahun lalu. Menerusi surat pekeliling pada 2004 itu, kerja sekolah adalah satu tuntutan yang perlu diberikan kepada pelajar sebagai salah satu cara pengukuhan atau memperkayakan pemahaman pelajar.
Selain itu turut menyasarkan objektif lain seperti meneruskan kesinambungan pembelajaran di kelas, mengisi masa senggang pelajar dan meningkatkan kemahiran melalui latihan pemulihan.

Sumber maklumat : Harian Metro

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking