Rabu 19 December 2018
A- A A+

Atasi obesiti dari peringkat kanak-kanak

images

ISU obesiti semakin galak diperkatakan kebelakangan ini terutamanya melibatkan pelajar sekolah sehingga mendorong kerajaan mengeluarkan pekeliling untuk mencatat jisim indeks tubuh atau body mass index (BMI) di dalam laporan pelajar sekolah di negara kita.

Makanan berkolesterol tinggi seperti roti canai, nasi lemak, makanan dan minuman ringan, jeruk dan sebagainya dicadang supaya tidak lagi dijual di kantin-kantin sekolah dan ditukarkan dengan menu-menu lain yang lebih berkhasiat serta sesuai untuk pemakanan kanak-kanak.

 



Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Wan Iryani Wan Ismail menyatakan, isu ini telah membuka mata banyak pihak bermula daripada ibu bapa sehingga pihak kerajaan kerana menyedari bahaya yang bakal timbul daripada obesiti kepada individu dan masyarakat.










Masalah obesiti atau kegemukan ini mampu untuk diatasi jika masyarakat menyedari puncanya dan seterusnya melatih kanak-kanak seawal di bangku sekolah untuk mengamalkan gaya hidup serta pengambilan makanan yang sihat.
















Menurut beliau, Antara faktor utama yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada masalah ini ialah pengambilan diet yang tidak seimbang seperti makanan yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula serta rendah kandungan zat mineral, vitamin dan nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin A, D, C dan kalsium.















Tidak dinafikan kebanyakan makanan seperti roti canai, nasi lemak dan makanan berkari mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi, ini diburukkan lagi dengan pengambilan makanan seperti burger, kentang goreng, gula-gula dan sebagainya yang mempunyai kandungan lemak trans.














Lemak trans yang biasanya terdapat dalam makanan yang diproses atau penggunaan minyak masak sama berulang kali mudah diperoleh melalui penyediaan makanan terutama makanan segera di mana proses berkenaan mampu mengubah struktur asal kimia lemak makanan daripada lemak cis yang mudah dihadam kepada lemak trans yang sukar diurai.














Cubalah beralih kepada makanan-makanan yang segar dan direbus ataupun yang menggunakan proses wap atau steam serta makanan seperti bijirin dan yang mengandungi omega-3 seperti ikan,  gula juga merupakan faktor penyumbang ke arah obesiti bahkan boleh menjurus kepada penyakit kencing manis atau diabetis.














Selain gula, masyarakat di negara ini juga sinonim dengan peng gunaan monoglutamate sodium (MSG) yang berleluasa di dalam makanan ringan, masakan restoran dan masakan harian yang turut boleh menyebabkan obesiti. Kandungan ion sodium yang tinggi akan menyukarkan proses perkumuhan dalam badan kerana ia akan mengurangkan kandungan air di dalam sel badan seterusnya menjejaskan hormon adeponektin yang penting bagi merangsang metabolisme lemak di dalam badan manusia.Perubahan hormon ini akan menjurus kepada obesiti. Selain itu, masalah obesiti ini berlaku disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat kini seperti gaya kerja dan perubahan kemudahan infrastruktur yang semakin maju serta kurangnya aktiviti fizikal seharian.
















Sumber: Utusan Malaysia



Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking