Rabu 17 October 2018
A- A A+

Bahasa Melayu masih dipinggirkan

 

Tanggapan bahawa bahasa Melayu hanya dimiliki oleh orang Melayu dan bukannya teras kepada pembangunan negara bangsa antara faktor kenapa bahasa kebangsaan masih gagal dimartabatkan dan dihormati pada kedudukan sewajarnya termasuk di kalangan rakyat asing yang berada di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengatakan sehingga kini ramai rakyat negara ini memahami istilah bangsa sebagai merujuk kepada kaum masing-masing iaitu sama ada Melayu, Cina, India serta kaum minoriti lain dan bukannya melihat ia sebagai penduduk yang tinggal di Malaysia.

Aspek bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang juga teras perpaduan negara bangsa bagi semua rakyat Malaysia tidak menonjol. Ia akhirnya meninggalkan kesan psikologi bahawa bahasa Melayu hanya dimiliki dan dipertuturkan oleh orang Melayu saja sehingga lupa kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan teras negara Malaysia.

Hakikatnya sekarang semakin ramai generasi muda bukan Melayu terutama Cina dan India yang fasih bertutur bahasa Melayu. Jadi jika dapat pecahkan tembok pemisah bahawa bahasa Melayu untuk orang Melayu saja. Baha Melayu akan dituturi dan dihormati dengan lebih meluas.

Rakyat Malaysia sewajarnya mencontohi beberapa negara asing yang begitu berbangga dengan bahasa kebangsaan masing-masing seperti ditunjukkan oleh rakyat Jepun dan pengalamannya bertemu dengan seorang ahli akademik terkemuka Jepun lulusan Universiti Harvard yang fasih berbahasa Inggeris cukup menginsafkan.

Tidak ramai yang fasih dalam bahasa Melayu kerana tiada keperluan belajar bahasa terbabit sebab merka tidak menghadapi masalah berbahasa Inggeris di negara ini. Malah mereka mengakui cuba berbual dalam bahasa Melayu, lazimnya rakyat Malaysia akan menjawabnya pula dalam bahasa Inggeris.

Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebenarnya terletak pada kesungguhan rakyat negara ini sendiri dan mereka juga perlu mengubah persepsi bahawa hanya yang fasih berbahasa Inggeris saja mempunyai status sosial lebih tinggi.

 

sumber maklumat : Berita Harian

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking