Isnin 17 December 2018
A- A A+

Program tajaan Tesco beri manfaat komuniti setempat

 

Peserta tekun mengikuti penyampaian penceramah. - Foto Muhammad Mikail Ong

 

Komitmen berterusan Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) untuk membantu memperkasakan pencapaian akademik pelajar menerusi tajaan seminar wajar dicontohi syarikat korporat lain.

 

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) Machang Bubok II, Puan Nooratika Abdul Rahman, berkata usaha murni itu mampu mendedahkan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan tip dan panduan menjawab soalan peperiksaan secara menyeluruh.

Katanya, sumbangan pusat beli-belah ternama itu secara tidak langsung dapat membantu komuniti setempat terutama untuk memastikan kecemerlangan anak-anak mereka

 pada tahap terbaik.

 

Penerangan mudah

 

"Saya yakin kepakaran penceramah dapat membantu murid untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik kerana penerangan disampaikan cukup lengkap, ringkas dan mudah difahami.

 

"Pelajar begitu teruja untuk menjawab setiap soalan diberikan kerana banyak hadiah disediakan penganjur (Tesco dan BH) khususnya kepada peserta yang aktif," katanya ketika ditemui pada Program Jelajah BH Didik bersama-sama Tesco yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, baru-baru ini.

 

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tesco dengan kerjasama Jabatan Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press Bhd (NSTP) itu menyediakan kaedah belajar secara berkesan sebagai persediaan menghadapi UPSR September depan.

 

Sementara itu, murid Tahun Enam SK Hashim Awang, Nuruljannah Kamaruzaman menyifatkan seminar berkenaan sebagai pendedahan terbaik untuk dirinya menghadapi UPSR, sekali gus menambah keyakinan meraih 6A.

Bantuan persediaan calon

 

Anak pertama daripada tiga adik-beradik itu berkata, ibu bapa dan guru sentiasa memberikan dorongan serta motivasi kepadanya supaya bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan umum terbabit hanya berbaki kurang dua bulan lagi.

 

"Saya menggunakan peluang yang ada untuk bertanya mengenai topik sukar dan membuat latih tubi berterusan pada masa lapang.

 

"Terima kasih Tesco kerana menaja seminar ini, saya akan berusaha sehabis mungkin bagi mendapatkan keputusan terbaik dalam UPSR ini bagi membalasa budi penganjur," katanya yang bercita-cita menjadi pakar bedah pada masa akan datang.

 

Info Jelajah Didik Bersama Tesco peringkat Pulau Pinang

 

    • Diadakan pada 21 dan 22 Julai lalu.

 

    • Membabitkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

 

    • Disertai seramai 250 murid dari lima sekolah rendah sekitar Pulau Pinang.

 

    • Sekolah terbabit termasuk SK Hashim Awang, SK Sungai Gelugor, SK Tanjong Tokong dan SK Machang Bubok II.

 

  • Tesco Malaysia menganjurkan program Jelajah BH Didik bersama-sama Tesco membabitikan 30 sekolah tahun ini di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/07/455512/program-tajaan-tesco-beri-manfaat-komuniti-setempat

Dikemaskini pada 30 Julai 2018.

dipe79 dibaca

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking