Rabu 19 December 2018
A- A A+

KARNIVAL SUKAN KHAS TINGKATAN 6 DIPERKENAL

 

 

KARNIVAL SUKAN KHAS TINGKATAN 6 DIPERKENAL

 

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Penjenamaan ini adalah dengan hasrat untuk memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Penjenamaan semula ini diharap dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam selain membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam. Kokurikulum adalah antara fokus utama yang diwajibkan kepada pelajar Tingkatan 6 sebagai syarat yang dikira untuk kemasukan ke universiti tempatan. Markah ko-kurikulum untuk kemasukan ke universiti bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hanya akan mengambilkira penglibatan pelajar ketika berada di tingkatan 6.

Menurut Datuk Abdullah Mad Yunus iaitu Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, berdasarkan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Profesional kementerian, aspek kokurikulum tidak lagi akan berasaskan penglibatan dan penilaian pelajar sejak dari tingkatan satu. Malah, pihak kementerian sendiri telah memutuskan untuk penganjuran sendiri karnival sukan di semua peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah khusus untuk pelajar Tngkatan 6.

Sehubungan degan itu, penglibatan aktif pelajar dalam bidang kokurikulum sedikit sebanyak akan membantu dan membuka peluang untuk pelajar melayakkan diri dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

 

Sumber:

Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 30 Mac 2016. Markah Kokurikulum masuk universiti: Karnival sukan khas tingkatan 6 diperkenal.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking