Rabu 17 October 2018
A- A A+

Bidang Keberhasilan Negara

Jika GTP adalah sebuah jentera perubahan keseluruhan, Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) adalah omboh dalaman. Dan seperti omboh, setiap NKRA menjalankan tugasnya sendiri, tetapi menerusi usaha yang lengkap, mereka telah menjana sebuah perubahan yang lebih baik daripada semua bahagiannya. Setiap omboh berhubung kait dengan bidang keutamaan yang disifatkan memberi impak yang sangat besar kepada rakyat.

NKRA tidak disifatkan sebagai bidang keutamaan dengan mudah, tetapi ianya adalah hasil daripada pelbagai kajian, tinjauan pendapat dan dialog yang dijalankan bersama rakyat. Setiap NKRA diterajui oleh seorang Menteri Kabinet yang akan melaporkan kejayaan dan kekurangan penunjuk prestasi utama NKRA.

Keutamaan NKRA terdiri daripada inisiatif jangka pendek dan jangka panjang yang memenuhi keperluan rakyat. GTP juga menangani tuntutan segera daripada rakyat, seperti mengurangkan kos sara hidup, dan juga isu-isu yang menghalang perkhidmatan awam daripada menjadi lebih cekap seperti yang sepatutnya.

Bidang-bidang yang tidak dirangkumi dalam NKRA tetapi dianggap penting akan diletakkan di bawah pemerhatian kerajaan di peringkat kementerian. Bidang tersebut – Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA)- termasuk matlamat yang disasarkan agar rakyat dapat melihat dan merasainya.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk menjadi lebih telus dan bertanggungjawab, pencapaian NKRA dalam GTP 1.0 dan perancangan bagi GTP 2.0 diperincikan di laman sesawang ini.

NKRA DIKETUAI
Reducing Crime Mengurangkan Jenayah Menteri Dalam Negeri
Fighting Corruption Membanteras Rasuah Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Improving Student Outcomes Memastikan Pendidikan Berkualiti Menteri Pelajaran
Raising Living Standards of Low-Income Households Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Improving Rural Development Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Improving Urban Public Transport Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar Menteri Pengangkutan
Cost of Living Menangani Kos Sara Hidup Timbalan Perdana Menteri

www.pemandu.gov.my

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking