Rabu 17 October 2018
A- A A+

Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

National Key Result Areas Kementerian Pendidikan Malaysia

Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

sub National Key Result Areas terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah

Kerajaan kita akan mengiktiraf serta memberikan ruang kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan sosioekonomi. Hal ini kerana ilmu dianggap sebagai satu cahaya yang menyuluh hidup rakyat. Yang mampu mengubah nasib rakyat dari susah kepada kehidupan yang jauh lebih baik. Perdana Menteri mahukan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi. Oleh sebab itu, anak-anak muda mestilah kreatif, inovatif, penuh dengan moral atau nilai-nilai murni yang tinggi serta mampu bersaing dengan mereka diluar sana.


2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS)

Kerajaan menitik beratkan ilmu pengetahuan dan mahukan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik. Bagi pihak kerajaan, pendidikan yang terbaik mestilah bermula dari prasekolah lagi.


3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi

Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.



4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.

Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

 

Rujukan artikel KLIK SINI

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking