Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Negeri Sarawak

Mengenai Sarawak

Sarawak adalah negeri terbesar diantara 13 buah negeri di dalam Malaysia. Ia terletak di hujung utara dan utara-barat Borneo yang meliputi ukuran 124,450 km persegi dan seluas lebih 750 km. Ia membentuk keseluasan sehingga 37.5% daripada keluasan tanah dalam negara (lebih besar dari Korea Selatan)

Sarawak amat unik kerana terdapat budaya, pentadbiran dan gaya hidup yang sangat berbeza. Sarawak memiliki penduduk seramai 2.4 juta orang yang terdiri daripada lebih kurang 27 kumpulan etnik utama yang masih wujud, masing-masing dengan bahasa, tradisi dan gaya hidup tersendiri. Sarawak juga terkenal dengan kekayaan sumber-sumber asli. Gas asli cecair, minyak mentah dan kayu keras tropika banyak menyumbang dan membantu dalam mengekalkan ekonomi, di mana dalam beberapa dekad yang lalu, industri pertanian (minyak kelapa sawit), industri-industri ringan dalam pemprosessan makanan, pembinaan kapal dan elektronik menjadi semakin penting.
Kuching, Pintu Gerbang ke Sarawak

Kuching adalah ibu negeri Sarawak dan merupakan pintu masuk utama bagi pengunjung yang ingin ke Sarawak. Ia merupakan bandar yang memiliki sejarah dan lagendanya yang agung, malah Kuching sering digambarkan sebagai “Camelot” Raja-Raja Putih. Walaupun bandar ini diberi nama Melayu yang diambil dari perkataan ‘kucing’, ia juga dikaitkan dengan pengemar kucing. Muzium kucing pertama di dunia juga terletak di bandar ini. Lebih menyeronokkan, Kuching dipenuhi dengan pelbagai lokasi tarikan pelancong seperti Taman Bako Negara, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Pusat PeranginanTanah Tinggi Borneo, Muzium Sarawak, Kampung Budaya Sarawak, Gua Pari-Pari dan banyak lagi.
Sibu & Bintulu – Terletak di Tengah Sarawak

Di antara keluasan 750 km pantai Sarawak terletak diantara Sibu dan Bintulu, terdapat perkampungan desa Sarawak yang sangat indah.

Sibu, mengikut kedudukan geografiknya yang terletak di tengah negeri Sarawak membawa anda mengenali kepelbagaian tradisi kaum Iban di Sarawak serta kemashyuran hutan pamah. Pilihan untuk aktiviti-aktiviti Pra dan Pasca konvensyen termasuk: membeli karya tempatan seperti lukisan dan kraftangan, menikmati makanan (gaya Sarawak tengah), kunjungan ke rumah panjang etnik Iban; menaiki feri ke perkampungan Kapit dengan merentasi pekan-pekan indah dan alami sendiri gaya hidup di kampung.

Bukan itu sahaja, pertengahan Sarawak merupakan pintu masuk ke sungai Rejang, sungai terpanjang di Malaysia.

Manakala Bintulu pula merupakan bandar di Sarawak yang paling cepat berkembang, Kampung nelayan yang dahulunya sepi, kini merupakan pusat perindustrian yang memiliki gas asli yang pesat membangun dan bakal menjadi ibu negeri kepada industri-industri tenaga yang intensif di Malaysia. Malah, Bintulu juga memiliki destinasi yang menarik seperti Taman Negara Similajau yang terkenal dengan pantainya yang indah, cenuram putih serta destinasi persinggahan penyu.
Terokai Alam Liar – Miri

Miri, bandar tepi laut, pernah menjadi benteng terakhir di utara Sarawak. Ia mengawal pintu masuk Sungai Baram yang besar, pintu masuk ke hutan rimba Sarawak dan perkampungan Orang Ulu. Penuh misteri tetapi tetap menawan hati setiap pengunjungnya, ia sentiasa menjadi destinasi paling romantik di Sarawak. Ia adalah pengeluar kepada industri minyak dan gas serta bandar yang terdekat dengan Brunei; membuatkan ia bandar yang popular dan digemari oleh ekspatriat-ekspatriat termasuk warga Brunei sendiri yang membuat kunjungan pada hujung minggu. Suasana malam yang meriah dan pelbagai pilihan tempat berjuadah menjadikan ia destinasi yang lebih menarik. Ia juga berdekatan dengan Taman Negara Gua Niah, tapak penempatan manusia tertua di Asia Tenggara sejak sekurang-kurangnya 40,000 tahun; dan Taman Negara Gunung Mulu merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO di mana ia meliputi ruang gua terbesar di dunia dan salah satu sistem gua yang paling luas ditemui di dunia.