Ahad 16 December 2018
A- A A+

Arkib Berita

13 Jun - Johnson sasar Terbuka AS

SOUTHAMPTON, Amerika Syarikat: Dustin Johnson suka melihat lapangan dari sudut berlainan dan pemain Amerika Syarikat (AS) itu berkata dia tidak akan memandang ke belakang apabila akan bersaing pada edisi ke-118 golf Terbuka AS selaku pemain nombor satu dunia.

"Jika apa-apa berlaku, ia membuang tekanan daripada saya kerana saya bermain sangat baik minggu lalu," kata Johnson hari ini di Shinnecock Hills, tempat berlangsungnya major kedua musim ini, Khamis nanti. Johnson, yang diatasi untuk kedudukan pertama bulan lalu oleh Justin Thomas, kembali ke puncak Ahad lalu selepas menang pada Jelajah PGA AS FedEx St. Jude Classic di Memphis.

Pemain berusia 33 tahun itu melakukannya dengan gaya tersendiri, mencipta eagle pada lubang ke-72.

"Saya ada banyak peluang pada Ahad," kata Johnson. "Saya menyedarinya. Saya tahu jika saya boleh keluar bermain dan menang kejohanan golf, saya akan kembali ke kedudukan pertama.

"Untuk keluar dan bermain dengan cara yang saya lakukan, terutama pada sembilan lubang terakhir, pastinya memberi suntikan semangat besar buat saya untuk saingan minggu ini."

Johnson, yang menang Terbuka AS 2016 di Oakmont dalam penantian lama bagi meraih kejuaraan major, mara ke kedudukan pertama pada Februari 2017 dan kekal di sana selama 64 minggu sebelum diatasi Thomas. Dia juga tidak malu mengatakan kedudukan nombor satu memberikannya motivasi buatnya. "Semestinya," kata Johnson. "Saya rasa ia kedudukan yang semua pemain golf mahu berada. Ia memang kedudukan yang saya mahu berada. Jadi ia adalah motivasi buat saya bekerja keras dan melakukan apa yang saya lakukan." - AFP

Berita disunting daripada Berita Harian

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking