Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

12 Jun - Kluivert jalani pemeriksaan kesihatan di Roma


ROME: Bekas pemain sayap Ajax Amsterdam, Justin Kluivert, yang juga anak kepada bintang Belanda, Patrick Kluivert, sedia menjalani pemeriksaan perubatan di AS Roma menjelang perpindahannya ke kelab itu, lapor kelab Serie A itu.

"Pemain antarabangsa Belanda berusia 19 tahun itu selamat mendarat di Bandar Fiumicino," kata kenytataan kelab berkenaan.

Roma turut memuat naik ketibaan pemain muda itu di laman web rasmi http://www.asroma.com/en/news/2018/6/justin-kluivert-arrives Kluivert menjaringkan 10 gol dalam 30 aksi liga bersama Ajax musim lalu dan kali pertama mewakili pasukan kebangsaan Belanda Mac lalu.

Media Itali melaporkan Kluivert bakal menerima yuran perpindahan sebanyak 20 juta euro (RM92 juta). Perpindahan ke AS Roma itu sekali gus meranapkan impian Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang sebelumnya turut berminat mendapatkan khidmat pemain muda itu. - AFP

Berita disunting daripada Berita Harian