Khamis 20 September 2018
A- A A+

Arkib Berita

11 Jun - Nyemar tiba di Russia

Ketika perlawanan pembukaan akan berlangsung di Moscow membabitkan perlawanan antara tuan rumah Russia menentang Arab Saudi, juara dunia lima kali itu tiba di Sochi, bandar peranginan di Black Sea sebagai penginapan rasmi sepanjang berlangsung Piala Dunia hingga Julai.

Brazil hadir ke Russia dengan keyakinan yang cukup tinggi bersama Neymar yang membuat penampilan pertama selepas lebih dari tiga bulan tidak beraksi apabila meledakkan gol kemenangan ke atas Austria di Vienna.

Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho turut mencetak nama sebagai penjaring gol dengan pemain bintang Paris Saint-Germain itu mengesahkan dia kini pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan kaki pada awal Mac lalu.

Jaringan itu adalah yang ke-55 Neymar buat Brazil, meletakkan namanya sebaris dengan Romario yang di senarai sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa - hanya Pele dan Ronaldo menjaringkan lebih banyak gol buat Brazil.

Pemain berusia 26 tahun itu dimasukkan dari bangku simpanan meledakkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan untuk menang 2-0 ke atas Croatia di Liverpool, penampilan pertamanya sejak tulang kakinya patah ketika beraksi untuk PSG pada Februari lalu.

Gol Ahad lalu adalah hasil kombinasi terbaik membabitkan bekas pemain Barcelona itu yang bijak mengawal bola hantaran Willian di dalam kotak untuk melepasi kawalan pemain pertahanan Austria, Aleksandar Dragovic sebelum meledakkan gol.

Jurulatih Brazil Tite mengakui sangat bangga dengan pasukannya biarpun beliau yakin mereka mungkin boleh lebih taktikal. "Saya tidak pasti had Neymar," katanya.

"Keupayaan teknikal dan kreativitinya sangat mengagumkan." Diundi dalam Kumpulan E, Brazil berada di tempat kedua di belakang juara dunia Jerman dalam senarai ranking FIFA, akan memulakan kempen menentang Switzerland 17 Jun sebelum bertemu Costa Rica dan Serbia.

Sementara itu Cristiano Ronaldo dilihat berlatih bersama Portugal Ahad lalu, sesi latihan pertama buat juara Eropah turun untuk persediaan Piala Dunia. Mereka akan berpangkalan di Kratovo, Moscow, lima hari sebelum perlawanan pembukaan menentang Sepanyol. - AFP

Berita disunting daripada Berita Harian

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking