Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Mei - Liga Arab Bincang Krisis Israel, Palestin

KAHERAH: Menteri Luar Liga Arab bakal mengadakan pertemuan esok untuk membincangkan krisis Israel-Palestin, lapor agensi berita Mesir, MENA.

MENA memetik kenyataan diplomatik Arab sebagai berkata, pertemuan itu adalah untuk membincangkan pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin. Pada masa sama ia adalah langkah untuk berdepan dengan keputusan melanggar undang-undang yang dibuat Amerika Syarikat dengan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis. Liga Arab dijangka mengadakan mesyuarat peringkat wakil tetap. Sementara itu, pengebumian 60 rakyat Palestin yang menjadi mangsa dalam insiden berdarah di Gaza berlangsung pada Selasa. Mereka terkorban ketika demonstrasi bantahan terhadap pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis.

Berita Disunting Daripada Berita Harian