Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Mei - Cari Titik Persamaan, Santuni Rakyat - Tengku Abdullah

PEKAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap Pahang yang menjadi negeri ditadbir pembangkang akan mendapat perhatian sama seperti negeri lain di bawah Kerajaan Persekutuan.

Baginda bertitah, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu berjalan seiring dan berharap perbezaan ideologi politik dapat diketepikan demi memastikan nasib rakyat terbela. Nasihat baginda adalah cari titik persamaan, sebarang perbezaan perlu ditangani secara bijaksana, ini penting bagi memastikan kelancaran (pentadbiran) negeri Pahang. Apabila ia (kerjasama) dapat berjalan seiring saya berharap negeri Pahang akan terus makmur, titahnya selepas menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Pahang ke-14 dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO), negeri, di Istana Abu Bakar.

Terdahulu, Tengku Abdullah berkenan melantik Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai sebagai Menteri Besar baharu. Lantikan jawatan Menteri Besar dan EXCO itu dibuat untuk selama dua tahun sebelum diputuskan kelak. Tengku Abdullah turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepemimpinan pusat yang baharu selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Sementara itu, Tengku Abdullah juga bertitah, sifat jujur adalah kriteria utama dalam pemilihan Menteri Besar baharu negeri itu dan ia dilakukan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Titahnya, pemerintahan dan pentadbiran yang tidak jujur diibaratkan seperti bangunan yang megah berdiri tanpa asas tiang seri kukuh yang mana bila-bila masa menanti rebah. Baginda turut bertitah ADUN yang dipilih pada PRU-14 lalu diharap dapat menjalankan tugas dengan baik dan adil.

Berita Disunting Daripada Berita Harian