Sabtu 18 August 2018
A- A A+

Arkib Berita

16 April - PAS Pertaruh Afnan Hamimi Di Permatang Pauh

KEPALA BATAS: Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden dinamakan sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam majlis di sini, malam tadi. Bercakap kepada media selepas itu, Afnan Hamimi, 37, yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, yakin strategi dirangka parti akan memungkinkannya melakukan kejutan pada persaingan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Penamaannya bermakna kerusi berkenaan bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru, dengan berkemungkinan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, turut mempertahankan kedudukannya. PAS bertanding di Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada PRU 1999. Kerusi berkenaan pernah disandang Barisan Nasional (BN) menerusi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1982. Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengumuman calon Parlimen Permatang Pauh dibuat lebih awal berikutan beberapa faktor, selain kawasan berkenaan disifatkan istimewa kepada PAS. Ditanya sama ada beliau kekal bertanding di kerusi Parlimen Marang, Abdul Hadi berkata, ia tertakluk kepada keputusan parti, selain kepemimpinan PAS juga belum memuktamadkan keputusan.

Berita Disunting Daripada Berita Harian

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking