Ahad 18 November 2018
A- A A+

Arkib Berita

13 Mac - Pensyarah Tingkat Kemahiran Berkomunikasi

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan program Neuro Linguistic (NLP) kepada pensyarah institusi pendidikan di bawah kementerian itu, bagi melahirkan tenaga pengajar berkualiti dan bermotivasi tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata NLP yang banyak dilaksanakan di negara maju membantu melahirkan pensyarah yang mahir dalam berkomunikasi. Beliau berkata, projek perintis itu disertai 100 pensyarah dan pegawai yang juga jurulatih NLP daripada kementerian, universiti awam, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (KKM), semalam. Katanya, seminar sehari itu menggunakan Model Kecemerlangan Diri dikendalikan pakar pelatih NLP dari Indonesia, Melly Puspita Sari. Melly Puspita adalah wanita tunggal yang ditauliahkan sebagai 'International Certified of NLP Master Trainer' dari National Federation of NLP (NFNLP) di Florida, Amerika Syarikat. Idris berkata, Melly Puspita berpengalaman luas dalam pelaksanaan model kecemerlangan kepada pensyarah dan program motivasi ilmu keibubapaan di Indonesia. Seminar itu diadakan untuk perkongsian ilmu dan praktikal kepada semua peserta bagi mempelajari teknik kemahiran komunikasi secara berkesan, katanya dalam satu kenyataan. Itu punca PPBM gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan dan tidak mungkin PPBM mampu mengadakannya semula dalam tempoh singkat ini.

Berita Disunting Daripada Berita Harian

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking