Selasa 16 October 2018
A- A A+

Arkib Berita

13 Feb - Dua kumpulan pemberontak Myanmar setuju proses damai

NAYPYIDAW: Dua kumpulan etnik bersenjata dijangka menandatangani perjanjian gencatan senjata di sini, hari ini, sekali gus membuka peluang kepada proses damai di negara itu.



Sebelum ini, Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi mengumumkan bahawa usaha damai menjadi keutamaannya ketika mengambil alih pentadbiran pada 2016, selepas menamatkan penguasaan tentera selama lima dekad.

Hari ini, Parti New Mon State (NMSP) dan Kesatuan Demokratik Lahu (LDU) akan menyertai lapan lagi kumpulan militan yang sudah menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Kebangsaan (NCA).

Walaupun sejak kebelakangan ini kedua-dua kumpulan itu tidak terbabit dalam pertempuran dengan pihak tentera, tetapi mereka adalah sebahagian daripada blok tentera pemberontak yang enggan menandatangani NCA di bawah kerajaan tentera sebelum ini.

Pengerusi LDU, Kya Khun Sar berkata mereka percaya dengan kepemimpinan Aung San Suu Kyi tetapi masih perlu melihat apa yang bakal berlaku pada masa depan, memandangkan tiada perpaduan antara kerajaan dan pihak tentera.

Berita Disunting Daripada Berita Harian

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking