Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

13 Feb - Gold Coast 2018: Kontinjen negara mampu cemerlang


NILAI: Ketua kontinjen Malaysia, Huang Ying How, amat berpuas hati dengan persiapan atlet Malaysia terutama acara berbasikal normal dan para menjelang Sukan Komanwel Gold Coast 2018 pada April nanti.

Beliau juga percaya skuad berbasikal kebangsaan mampu menyumbangkan pingat kepada negara kerana mereka dianggotai atlet berpengalaman seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa yang sudah lama mendapat bimbingan jurulatih, John Beasley.

Ying How berkata, pencapaian di Sukan Komanwel amat penting bagi membolehkan mereka menilai semula kemampuan dan prestasi atlet berbasikal yang diletakkan di bawah Program Podium, Institut Sukan Negara (ISN). Bagaimanapun, Ying How berkata pihaknya belum menetapkan sasaran berapa jumlah dan warna pingat yang perlu dimenangi oleh semua atlet negara termasuk lumba basikal di Sukan Komanwel nanti.

Ying How bukan hanya mahu melihat peningkatan prestasi seorang atau dua pelumba basikal negara yang mampu menang pingat tetapi lebih kepada pencapaian keseluruhan pasukan terbabit. Ini penting kerana selepas Sukan Komanwel Malaysia akan bersiap sedia bagi menghadapi temasya Sukan Asia Jakarta, Indonesia, pada Ogos nanti.

Berita disunting daripada Berita Harian