Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

10 Ogos - Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 30%

MAS

KUALA LUMPUR: Tawaran Mega Malaysia Airlines kembali dengan diskaun sehingga 30 peratus bagi tiket penerbangan kelas perniagaan dan ekonomi untuk tempoh 11-18 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan nasional itu berkata, promosi berkenaan adalah untuk tempoh perjalanan segera sehingga 9 Disember 2017.

Promosi turut ditawarkan menerusi ejen pelancongan Malaysia Airlines di Pameran Pengembaraan Antarabangsa Malaysia selama tiga hari di Pusat Pameran Mid Valley pada 11-13 Ogos ini.

Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh menikmati tawaran inklusif kelas ekonomi pada harga serendah RM1,009 ke Beijing, Nanjing dan Fuzhou; RM1,109 ke Mumbai dan RM1,229 ke Seoul dan Tokyo.

Penerbangan kelas perniagaan ditawarkan pada harga serendah RM869 ke Jakarta, RM1,649 ke Chennai dan RM11,999 ke London.

Semua tawaran itu adalah bagi penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan menerusi aplikasi MHmobile atau di laman web www.malaysiaairlines.com sehingga 18 Ogos ini. - BERNAMA

Berita Disunting Daripada Berita Harian