Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

10 Ogos - Polis `didakwa' minta wang perlindungan

wang perlindungan

SHAH ALAM: Polis Selangor memberi jaminan akan menjalankan siasatan terhadap aduan salah laku membabitkan seorang pegawai polis, yang dikatakan meminta sejumlah wang bagi melindungi kegiatan haram.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, dalam satu kenyataan media berkata, satu mesej disebarkan melalui media sosial membabitkan seorang pegawai polis.

Katanya, pihak polis memandang serius dan akan membuat siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Menurutnya, polis tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang. Siasatan lanjut berhubung perkara ini akan dijalankan secara telus dan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak.

Malah, siasatan juga dilakukan bagi menentukan kesahihan aduan ini.

Mazlan berkata, polis juga membuat laporan rasmi dan menjalankan siasatan rapi terhadap penulis aduan.

Pihaknya akan menyiasat sama ada wujud unsur tohmahan atau apa-apa agenda yang berniat tidak baik untuk mencemarkan nama baik dan reputasi pegawai terbabit, sekali gus mencalar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berita Disunting Daripada Berita Harian