Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

10 Ogos - Kilang proses mi terbakar

kilang mi

NILAI: Hampir separuh sebuah bangunan kilang memproses mi di Nilai 7, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Shamir, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 pagi dan sebuah jentera bersama 10 anggota bomba segera dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya sebaik tiba pada jam 8.47 pagi, api marak membakar bangunan dua tingkat serta mesin memproses mi.

Tambahnya, anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan bersebelahan dan memadamkan kebakaran sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.

Mohd Fauzi berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Berita Disunting Daripada Berita Harian