Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

10 Ogos - Gudang di Taman Perindustrian Subang Hi-tech terbakar

gudang terbakar

SHAH ALAM: Sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Subang Hi-tech di sini, terbakar sehingga 60 peratus dalam satu kebakaran, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.41 pagi tadi daripada pengawal keselamatan gudang itu dan anggotanya tiba di lokasi pada jam 4.56 pagi.

Beliau berkata, seramai 56 anggota dari lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk dua jentera dari Kuala Lumpur dikerah mengawal dan memadam kebakaran.

Katanya, ketika tiba, asap didapati begitu tebal dan ini menunjukkan kebakaran sudah merebak bagi tempoh yang lama. Api dapat dikawal kira-kira sejam kemudian, termasuk memastikan ia tidak merebak ke bahagian belakang gudang yang menempatkan bahan kimia berbahaya.

Menurutnya, ketika ini anggota bomba masih mengawasi lokasi kebakaran termasuk kawasan yang menempatkan bahan seperti cat dan tayar yang turut disimpan di gudang berkenaan.

Laluan di hadapan gudang berkenaan turut ditutup kepada pengguna jalan raya bagi memudahkan kerja-kerja pemadaman.

Berita Disunting Daripada Berita Harian