Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Jun - Empat Ditahan Terbabit Daesh

PDRM logo

KUALA LUMPUR: Empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia ditahan kerana dipercayai terbabit kegiatan Daesh dalam tangkapan di Slim River, Perak dan Sandakan, Sabah, minggu ini.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki Indonesia dalam operasi di Slim River, Ahad lalu, yang dipercayai merancang ingin menyerang warga polis.

Semalam PDRM menahan tiga lagi (suspek Daesh) di Sandakan. Dua warga Indonesia dan seorang penduduk tempatan Sabah. Mereka merancang ke Marawi (di Filipina) untuk menyertai puak pejuang di sana. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor dilantik sebagai Pengarah JSPT Bukit Aman yang baharu menggantikan Datuk Mahamad Akhir Darus yang bersara wajib bermula 18 Jun ini.

Khalid berkata, polis turut merampas pelbagai dokumen berkaitan Daesh daripada empat suspek terbabit serta tiga pisau 'Rambo' daripada tiga suspek yang ditahan di Sandakan, semalam.

Katanya, pisau itu baru dibeli sebagai persiapan menyerang polis jika mereka ditahan. Alhamdulillah, mereka tidak sempat untuk menggunakan senjata itu.

Katanya, semua suspek berusia antara 30 hingga 48 tahun manakala kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (SOSMA) 2012.

Semalam, BH melaporkan polis menahan dua lelaki disyaki anggota kumpulan militan ditahan berhampiran Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Sandakan.

Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan Khas PDRM dalam operasi kira-kira jam 12 tengah hari.

Gambar serta video tangkapan kedua-dua suspek turut tersebar di laman sosial.

Berdasarkan video yang tersebar, ketika tangkapan sepasukan polis menutup muka dan lengkap bersenjata berkawal di sekitar lokasi terbabit sehingga menggemparkan orang awam ramai.

 

 

Berita Disunting Daripada Berita Harian