Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Jun - Bedah Siasat Mangsa Dera Selesai

penang

 GEORGETOWN: Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa buli dan liwat, T Nhaveen yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, dilapor selesai.

 

Proses bedah siasat yang dijalankan Pakar Forensik HPP, Dr Jamil Saad dilapor tamat pada jam 11.30 malam tadi.

Difahamkan, mayat mendiang Nhaveen kini sedang diuruskan pihak hospital, sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah keluarganya. Bagaimanapun, usaha BH mendapatkan reaksi pihak berkuasa berhubung hasil laporan bedah siasat gagal, selepas semua pengamal media tidak dibenarkan memasuki kawasan Jabatan Forensik HPP.

Terdahulu, Nhaveen yang bertarung nyawa dan mengalami keadaan otak mati selepas menerima rawatan selama enam hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), disahkan meninggal dunia pada jam 6 petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi, Sabtu lalu, Nhaveen dan rakannya, T Perviin, 19, dipukul lima lelaki, termasuk bekas rakan sekolahnya berusia antara 16 hingga 18 tahun, selepas berlaku perang mulut antara mereka.

Bagaimanapun, Perviin sempat melarikan diri sebelum Narvheen diseret ke kawasan padang dan dipukul menggunakan topi keledar, dibakar pada bahagian bahu dan duburnya ditusuk objek tumpul.

 

 

 

Berita Disunting Daripada Berita Harian