Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Jun - Dua juruterbang Hawk 108 terkorban

juruterbang

KUANTAN: Dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi disahkan meninggal dunia.

 

Mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, dekat Kemaman, Terengganu.

Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Katanya, TUDM percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan. Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada TUDM. Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.

Mejar Mohd Hasri dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan manakala Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur.

 

 

 

Berita Disunting Daripada Berita Harian