Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Jun - Jenazah juruterbang tiba di surau Pangkalan TUDM Kuantan

tudm

KUANTAN: Jenazah juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108, Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari, tiba di surau Pangkalan TUDM di sini, jam 5.45 pagi tadi.

 

Jenazah yang tiba dalam van berasingan diiringi anggota polis trafik, kenderaan rasmi TUDM dan kenderaan anggota keluarga mangsa.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di surau berkenaan. Solat jenazah dilakukan di surau sama sebelum dibawa menaiki kapal terbang untuk dibawa ke kampung halaman masing-masing.

Bagaimanapun, pihak media diminta tidak mengambil gambar urusan pengurusan jenazah. Jenazah Yazmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Titiwangsa, Kuala Lumpur manakala jenazah Mohd Hasri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan FELDA Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan.

Yazmi, 39, dan Mohd Hasri, 31, terkorban selepas pesawat Hawk 108 yang dikendalikan dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu, semalam.

Mayat kedua-duanya ditemui pada jam 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Pesawat Hawk 108 berkenaan berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada jam 11 pagi semalam sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

 

Berita Disunting Daripada Berita Harian