Rabu 19 December 2018
A- A A+

Arkib Berita

Mengapa keguguran berlaku

Sebab yang pasti:

Masalah dengan kromosom.

  • Kebanyakan keguguran di bawah 13 minggu, berkait rapat dengan keabnormalan kromosom.
  • Kromosom adalah struktur dalaman sel. Setiap kromosom mempunyai gen-gen yang membawa ciri-ciri serta sifat-sifat seperti warna rambut, keadaan fizikal, jantina, dan sebagainya.
  • Permasalahan berlaku mungkin kerana bilangan serta struktur kromosom yang abnormal, mungkin juga dari keganjilan gen-gen yang dibawa.
  • Kebanyakan permasalahan ini berlaku secara spontan dan tidak ada kaitan baik dengan ibu mahupun bapa.
  • Terdapat ujian-ujian genetik tertentu untuk mencari punca kenapa ia terjadi.

Masalah dengan rahim

Yang biasa terdapat adalah seperti:

  • Kecacatan rahim itu sendiri, seperti rahim yang terbelah dua oleh satu dinding – septate uterus.
  • Ketumbuhan benigna di dalam rahim seperti fibroid
  • Pangkal rahim yang tidak dapat menahan isi kandungan rahim, membuka terlalu cepat dan awal, dengan tiada tanda-tanda awal bersalin.

Masalah perubatan

Masalah perubatan yang dinyatakan berikutnya mempunyai kaitan rapat dengan keguguran,

  • Gangguan autoimun dan lupus
  • Masalah dengan jantung
  • Penyakit buah pinggang yang teruk, terutamanya apabila dikaitkan dengan hipertensi.
  • Kencing manis
  • Penyakit tiroid
  • Infeksi rahim
  • Sindrom ovari polisistik

Sebab yang berkemungkinan:

  • Ketidakseimbangan hormon badan

Hormon progesteron bertanggungjawab menyediakan dalam rahim untuk menerima hasil persenyawaan – berlaku pada dua minggu sebelum datang haid yang berikutnya. Sekiranya paras progesteron pada awal mengandung rendah, keguguran mungkin berlaku. Kekurangan ini boleh dirawat.

  •  Gangguan/ketidaktertiban sistem darah

Trombofilia adalah satu keadaan di mana agen pembekuan darah dihasilkan melebihi keperluan. Banyak gangguan genetik yang boleh membawa mudarat sedemikian. Mutasi Faktor V Leiden boleh menyebabkan gangguan pembekuan berlebihan di plasenta dan kemudiannya akan berakhir dengan keguguran. Mereka yang berpenyakit sedemikian akan diberi ubat pencair darah.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking