Rabu 19 December 2018
A- A A+

Arkib Berita

Kelenjar Tiroid Tak Berfungsi

Gejala leher depan bengkak, selalu menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah antara tanda seseorang itu mengalami masalah kelenjar tiroid.



Masalah kelenjar tiroid tidak berhenti di situ saja kerana ia turut menyukarkan seseorang wanita untuk mengandung.



Tiroid ialah kelenjar kecil yang terletak di pangkal leher. Ia ada dua lobus, di kiri dan kanan trakea (tenggorok) yang disambungkan dengan satu genting (ismus).



Ia merembeskan hormon tiroid yang berfungsi mengawal kadar metabolik, mental dan perkembangan fizikal yang normal.



Kelenjar tiroid bertugas mengambil iodin daripada makanan dan menukarnya ke hormon tiroid iaitu tiroksina (T4) dan triiodotironin (T3).



Sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodin. T3 dan T4 kemudian dihantar ke seluruh badan melalui salur darah dan mengawal proses metabolisme.



Setiap sel dalam badan bergantung kepada hormon tiroid untuk menjalankan metabolisme (penukaran kalori ke tenaga). Kelenjar tiroid yang normal menghasilkan 80 peratus T4 dan 30 peratus T3. Bagaimanapun, hormon T3 mempunyai fungsi empat kali ganda berbanding T4.



Aktiviti kelenjar tiroid sebenarnya dikawal oleh kelenjar pituitari di pangkal otak. Apabila paras hormon tiroid terlalu rendah, kelenjar pituitari memberi rangsangan supaya kadar ini ditingkatkan dan sebaliknya.



Untuk melakukan tugasnya, tiroid memerlukan bahan penting iaitu iodin yang diperoleh daripada makanan dan minuman. Badan mempunyai 50 miligram iodin. Antara 20 hingga 33 peratus (antara 10 hingga 15 miligram) iodin ini disimpan dalam kelenjar tiroid. Iodin ini kemudian bergabung dengan asid amino tiroksin untuk menghasilkan hormon.



Hormon tiroid yang dirembeskan akan memasuki aliran darah sebelum dihantar ke sel. Ia membantu mengawal pertumbuhan dan pembentukan struktur tulang, akil baligh dan fungsi badan yang lain. Selain itu, ia membantu sel menukar tenaga dalam badan bagi memastikan anggota badan berkembang secara normal.



Hormon tiroid juga mengambil bahagian aktif dalam kebanyakan fungsi organ, termasuk membantu sel menukarkan oksigen dan kalori ke bentuk tenaga. Jadi, jika kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik, ia akan menjejaskan fungsi banyak anggota badan.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking