Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 Mei - Cahill mahu tebus aib Chelsea


LONDON: Ia mungkin tidak akan menyelamatkan jawatan Antonio Conte tetapi Chelsea masih mampu menebus musim kecewa mereka dengan menjuarai Piala FA ke atas Manchester United Sabtu ini, kata kapten Gary Cahill.

Tahun lalu, skuad Conte melangkah ke Wembley menentang Arsenal ketika juara Liga Perdana Inggeris itu hanya memerlukan satu kemenangan untuk melengkapkan dua gelaran pada musim pertama kendalian jurulatih Itali itu.

Biarpun kekalahan 1-2 kepada Gunners itu menyakitkan ia tidak dianggap sudah berakhir. Bagaimanapun keputusan sama Sabtu ini pastinya sukar diterima Blues. Mereka menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di tangga kelima, 30 mata di belakang juara Manchester City dan tidak akan beraksi di Liga Juara-Juara September ini.

Bagi Cahill ia kempen yang cukup mengujinya dengan prestasi hambar menyebabkannya kehilangan tempat musim ini dan tidak lagi menjadi keutamaan di dalam skuad England. Namun kemenangan Sabtu ini akan membawa sinar baru buat pasukan.

"Pada aksi final Piala musim lalu, prestasi kami tidak menjunam. Suasana jauh lebih tenang," kata Cahill. "Kami melangkah ke perlawanan itu memikirkan bahawa dengan momentum yang ada, kami mampu beraksi dengan baik seperti mana keseluruhan musim. "Kali ini perasaannya berbeza. Ia lebih kepada usaha kami menyelamatkan kempen musim ini. "Kami ketinggalan dalam kejohanan lain tetapi masih berpeluang dengan kejohanan ini." - Reuters

Berita disunting daripada Berita Harian