Ahad 19 August 2018
A- A A+

Arkib Berita

Adakah Kerana Gen?

Seramai 21 peratus daripada responden percaya bahawa kehilangan rambut adalah berpunca daripada kombinasi faktor keturunan, hormon dan usia. Umumnya, kehilangan rambut di kalangan lelaki dan wanita adalah diwarisi daripada ibu atau bapa mereka, atau kedua-duanya. Gen kita mempengaruhi pertumbuhan rambut kita.





Ia mengaktifkan kepekaan kepada androgen (hormon lelaki) termasuk testosteron, yang menyebabkan folikel rambut mengecut. Folikel yang mengecut (selaput yang menyarung umbi rambut) mengeluarkan rambut yang nipis.



Punca

Punca kehilangan rambut paling biasa di kalangan lelaki (90 peratus) dan wanita (70 peratus) ialah androgenetic alopesia (sering dipanggil oleh masyarakat bukan perubatan sebagai kehilangan rambut akibat faktor warisan atau keturunan).



Keadaan ini adalah disebabkan kesan androgen (hormon lelaki) ke atas folikel rambut dan corak tindak balas ditetapkan secara genetik. Semua wanita juga mempunyai hormon androgen dan kerana itu gejala ini dialami oleh lelaki dan wanita.





Kehilangan rambut di kalangan lelaki biasanya dilihat pada bahagian depan, khususnya atas dahi, atau tompok botak di bahagian tengah atas kepala. Bagaimanapun, keadaannya berbeza di kalangan wanita - kehilangan rambut tidak berlaku secara setempat tetapi di seluruh kulit kepala, menyebabkan rambut kelihatan semakin nipis.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking