Isnin 15 October 2018
A- A A+

Arkib Berita

Punca hidrosefalus kongenital (bawaan atau wujud sejak lahir)

Punca Hidrosefalus Kongenital (bawaan atau wujud sejak lahir)

  • Aqueductal Obstruction/Stenosis (penyempitan abnormal suatu laluan atau bukaan); paling kerap terjadi.
  • Akueduk serebrum yang membawa CSF daripada ventrikel tiga ke empat tersumbat menyebabkan CSF berkumpul dan menyebabkan hidrosefalus
  • Halangan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kecacatan, jangkitan, pendarahan atau ketumbuhan.
  • Kecacatan tiub neural; berlaku apabila struktur yang menyelaputi dan menyokong saraf tunjang tidak dihasilkan dengan normal. Ini menyebabkan pengaliran CSF tersumbat di dasar tengkorak
  • Pendarahan intraventrikular (dalam ventrikel)/IVH; kerap terjadi di kalangan bayi pramatang di mana saluran-saluran darah di otak belum cukup matang dan lemah menyebabkan ia mudah pecah dan pendarahan berlaku, yang boleh menghadang pergerakan biasa CSF
  • Meningitis; virus atau bakteria, jangkitan menghasilkan inflamasi pada selaput yang menyelaputi otak dan saraf tunjang yang menyekat pengaliran CSF
  • Trauma kepala; pendarahan daripada trauma di kepala juga mengakibatkan penyerapan CSF terhalang
  • Tumor; ketumbuhan mungkin mengganggu pengaliran CSF ke hidrosefalus
  • Dandy Walker Syndrom; kecacatan genetik di mana ventrikel keempat tidak normal dan mengganggu pengaliran CSF.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking