Ahad 19 August 2018
A- A A+

Arkib Berita

Pembedahan

Terdapat jala sintetik yang dikenali sebagai mesh. Penggunaannya memanfaatkan pesakit yang pernah menjalani pembedahan kerana otot-otot perutnya tidak perlu ditarik lagi.

Selain pembedahan konvensional, kini terdapat terapi yang tidak invasif tanpa memerlukan torehan yang besar menggunakan teknik laparoskopik. Sebanyak tiga torehan kecil sepanjang antara lima hingga 10 milimeter akan dilakukan. Oleh kerana itu, rawatan ini memerlukan kepakaran yang amat tinggi.

Luka yang kecil ini juga memungkinkan penyembuhan yang lebih cepat. Paling penting, risiko hernia berulang adalah amat rendah menggunakan pembedahan laparoskopik berbanding pembedahan konvensional.

Mengulas kelebihan pembedahan, pesakit mengalami kesakitan yang amat kurang manakala risiko jangkitan kuman juga rendah. Pesakit juga sudah boleh bergerak dari katil dalam tempoh beberapa jam selepas pembedahan dan kembali melakukan rutin harian lebih cepat.

Di kalangan pesakit cilik, tambah beliau, hernia perlu dibedah tidak kira umur.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking