Isnin 15 October 2018
A- A A+

Arkib Berita

Hernia Berulang

Pesakit hernia yang selamat dibedah boleh mengalami kes berulang dalam masa beberapa bulan ke setahun. Namun, apabila hernia berulang setelah dua tahun atau lebih, kelemahan yang berlaku mungkin telah berkembang kepada inkarserat atau tercekik.

Untuk mencegahnya daripada berulang, pesakit perlu menghindari perkara-perkara yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut.

Misalnya, berhenti jika merokok. Jika sukar membuang air, segera berubat dan elakkan meneran. Bertukarlah kepada kerja-kerja yang lebih ringan dan menurunkan berat badannya.

Kesimpulannya, pesakit perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Jangan mengurut hernia kerana ia adalah sangat berbahaya.

Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking