Ahad 19 August 2018
A- A A+

Arkib Berita

Permohonan Pengecualian Bayaran Bil Hospital

Rawatan perubatan bagi warganegara Malaysia diberi secara percuma. Bagaimana pun penjelasan lanjut mengenai hal ini adalah seperti berikut:­

1.     Kakitangan kerajaan dan keluarga yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan Klinik Kerajaan dikecualikan daripada membayar;

  • RM1.00 bayaran pendaftaran pesakit;
  • Bayaran ubat-ubatan;
  • Bayaran rawatan/pemeriksaan termasuk ujian makmal dan x-ray;
  • Alat-alat ortopedik dan anggota palsu. (tidak termasuk gigi palsu);
  • Caj wad bagi wad kelas 3 sahaja.

2.       Bagi BUKAN kakitangan kerajaan, mereka perlu membayar RMI.00 pendaftaran dan ujian makmal x-ray dan ujian lain tetapi di kecualikan daripada membayar;

  • Bayaran ubat-ubatan;
  • Pemeriksaan;
  • Caj wad bagi wad kelas 3 sahaja.

Kos rawatan lain seperti bayaran ( caj ) wad kelas 1 dan 2 perlu di bayar perlu di bayar. Bagi pesakit miskin, mereka layak diberi pengecualian bayaran bil bagi caj wad, caj ujian makmal, caj x-ray dan pemeriksaan lain.

Cara-cara Mendapatkan Pengecualian Bayaran Bil/-bil Adalah Seperti Berikut:­

  • Bawa salinan asal bil hospital, Kad Bantuan Kebajikan Masyarakat(jika ada)
  • ATAU Akuan kemiskinan oleh Ketua Kampung/Wakil Rakyat/Penghulu Mukim;
  • Pesakit ATAU wakil boleh datang sendiri ke Kaunter Hasil/ Hospital berkenaan;
  • ATAU pos dokumen seperti di atas ke hospital di mana rawatan diperolehi.

Jika ingin mendapatkan maklumat selanjutnya pelanggan boleh menemui Pegawai Hasil di hospital kerajaan

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking