Rabu 19 December 2018
A- A A+

Arkib Berita

Jantung Tiada Gantinya












Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebabnya ialah, saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam sehingga menjalar ke tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan punca rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung. Ia disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

Punca Penyakit Jantung

Asap rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

Tekanan Perasaan

  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantung dan tekanan darah meningkat.

Kandungan Lemak Yang Tinggi

  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak seperti mentega, minyak sapi dan daging berlemak.

Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung dan memperbaiki pengaliran darah ke jantung. 

Darah Tinggi

  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

Kencing Manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
  • Mempunyai salasilah keturunan yang mengidap penyakit jantung
  • Berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan
  • Merokok
  • Gagal mengawal tekanan darah anda
  • Mengidap penyakit kencing manis
  • Menghadapi masalah mengawal tekanan
  • Pemilihan makanan yang tidak betul. Mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi
  • Kurang bersenam
  • Kurang makan sayur dan buah-buahan
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  • Pastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau bapa anda yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan elakkan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam dan ikan.
  • Elakkan daripada terlalu kerap makan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol. Oleh itu pakar pemakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat mampu mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking